Tarikh Keluaran Artikel: 25 Januari 2009
Pembukaan Majlis
Majlis bermula pada pukul 4.00 petang dengan di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) untuk melengkapkan perjalanan program ini yang berjalan semenjak pukul 10.00 pagi sebelumnya dengan Pilihan Raya Kelab Comtech 2008/2009 yang bertujuan untuk memilih barisan Majlis Tertinggi yang baru bagi menggantikan ahli Majlis Tertinggi 2007/2008 yang akan meletakkan jawatan pada petang itu. Pengerusi majlis pada petang itu adalah Saudari Sofia Halili binti Jamian. Selepas ucapan pembukaan dan kata aluan, majlis pada petang itu dimurnikan dengan pembacaan doa yang dibacakan oleh Saudara Mohd Hafizi bin Abd Rahman. Seterusnya ucapan daripada Mantan Presiden, Saudara Zaidi untuk memberi sedikit suntikkan semangat dan amanat kepada semua ahli Majlis Tertinggi yang baru khasnya dan semua ahli kelab amnya. Selepas itu, majlis diteruskan dengan Penyelaras Kelab Comtech Mohd Aizat bin Basir (gambar) yang mewakili Penasihat Kelab Comtech, Dr Nor Maizura binti Mohd Nor yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.
Pembentangan Laporan 2007/2008
Dalam sesi Pembentangan Laporan sesi 2007/2008, ahli disajikan dengan tontonan video yang dibuat khas oleh Mantan Setiausaha, Saudari Nur Farhah binti Mat Zian @ Mat Zin. Ramai yang memuji hasil video kali ini yang begitu menarik. Syabas kepada beliau. Selepas itu laporan kewangan oleh Mantan Bendahari, Saudari Sofia Halili binti Jamian yang menyaksikan penurunan wang simpanan Comtech kerana beberapa faktor dan antaranya adalah kerugian yang terpaksa ditampung oleh kelab atas karenah ahli yang membuang nama pada saat akhir sebelum pergi ke ITAC (IT Aquaintance Camp) 2008. Dan antara sebab lain adalah polisi terkini pihak Universiti yang melarang sebarang kelab untuk mengambil sebarang yuran daripada pelajar. Dan mahu atau tidak, arahan ini perlu dipatuhi dan ini antara sebab utama kekurangan dana kelab Comtech. Semoga pada kali ini kewangan kelab akan kembali positif pada laporan kewangan akan datang.
Pembubaran Majlis tertinggi 2007/2008
Akhirnya, majlis ini sampai ke kemuncaknya dan pada petang ini disaksikan oleh ahli kelab, Majlis Tertinggi kelab sesi 2007/2008 telah pun dibubarkan secara rasmi, pihak kelab mengucapkan setinggi perhargaan kepada Majlis Tertinggi sesi 2007/2008. Walaupun ada antara mereka yang masih memegang jawatan didalam Majlis Tertinggi untuk penggal 2008/2009 ini, namun setiap itu tidak sama dengan yang lain. Pengalaman itu amat berharga. Mungkin itu yang dirasai oleh bekas Majlis Tertinggi yang hadir pada hari ini. Yang tidak hadir pada petang itu, mungkin tidak dapat membendung emosi kesedihan daripada keluar jika mereka hadir nanti. Tidak mengapa, kami memahami anda.
Perlantikan Majlis tertinggi 2008/2009
Selepas itu seorang demi seorang ahli Majlis Tertinggi sesi 2008/2009 dipanggil untuk tampil kehadapan untuk dikenalkan kepada ahli yang hadir. Dan ini adalah senarai secara mutlak nama Majlis Tertinggi 2008/2009 dan jawatan yang disandang.
Presiden
Mohd Taufik bin Mohd Nor
Naib Presiden 1
Tengku Zainol Ariffin bin Zawawi
Naib Presiden 2
Umar bin Zainudin
Setiausaha
Nurul Asma binti Sukri
Timb. Setiausaha
Shanupiriya a/p Kulandaivalu
Bendahari
Nur Farehan binti Zainal Abidin
Timbalan Bendahari
Nur Adilah binti Abu
Exco Akademik
Nurul Fasehah binti Zulkepli
Exco Sosial & Perhubungan
Nur Atiqah binti Roli
Exco Kebajikan
Wan Fatin Fatihah binti Yahya
Exco Kerohanian
Irnis Isfira binti Angit @ Asra Ramlan
Exco Keusahawanan
Mohd Zulhasrul bin Muhidin
Exco Kebudayaan
Wan Siratul Jami'ah binti Wan Rozali
Exco Sukan
Mohd Zulhilmidin bin Abd Samad
Exco Publisiti
Muhammad Syafiq bin Zainuddin
Beransur
Selepas pengenalan itu majlis ditamatkan oleh pengerusi majlis selepas ucapan pendek oleh Presiden baru kelab Comtech. Hanya satu impian dan harapan kepada semua ahli kelab agar menceburkan diri didalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kelab kerana kelab ini yang akan membantu anda sepanjang anda berada di dalam program ini.

1 comments:
name aku salah eja... b tengku zawawi.. ==
Catat Ulasan