::Assalamualaikum n selamat sejahtera::Selamat Menduduki Peperiksaan Final Semester sesi julai 2010/11:::: do the best!!! ::

Misi 15 Hari
Sedia maklum kepada semua pelajar tahun tiga bahawa terdapatnya kursus yang memakan masa 15 hari atau tiga minggu. Terbahagi kepada dua, Unix/Linux Administration (Linux) dan Business Intelligent (BI). Masing-masing dengan misi yang sama, mendapatkan sesuatu yang berguna daripada kursus ini. Dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), MDeC dan KnowledgeCom (KCom) kursus ini telah berjalan dengan jayanya dan tamat pada 2 Julai 2009 lepas.

Belajar Sepanjang Hayat
Semoga dengan ilmu yang didapati itu bukan hanya untuk diri sendiri tetapi boleh digunakan untuk kebaikkan bersama. Jika ada lagi kursus yang menarik seperti ini boleh kami katakan "kecil RAM untuk diisi, sebesar swap kami sediakan". Berikut adalah sedikit gambar kenangan yang dikongsi bersama semasa kursus terbabit. Untuk pengetahuan, Linux diadakan di Makmal Linux dibawah seliaan Pusat Teknologi Maklumat (PTM) yang terletak dibawah Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). Manakala BI diadakan di Makmal Aplikasi di kawasan Medan Kuliah (MK). Sedikit gambar yang untuk dikongsi bersama.





Yang Tidak Dapat Hadir

Terdapat beberapa orang yang tidak dapat menhadirkan diri kerana urusan masing-masing yang telah dirancang terlebih dahulu lebih lagi kepada yang terpilih menjadi fasilitator untuk Minggu Jalinan Mesra (MJM) kali ini untuk memberikan khidmat terbaik kepada pelajar baru terutamanya daripada kursus Kejuruteraan Perisian.

Nota Kaki
Exco Publisiti kekurangan gambar daripada pihak BI. Harap membantu.

readmore »»
Sabtu, 4 Julai 2009

Sepetang Di UMT

Naiktaraf_1: 4 Julai 2009

Operasi Pasca-MJM

Pada petang 4 Julai 2009, berlakunya operasi pasca-MJM yang melibatkan pelajar tahun satu kursus kejuruteraan perisian yang di kepalai oleh Hasnul Safwan sebagai "pemandu pelancong". Misi yang mahu ditengahkan adalah pengenalan kepada keseluruhan UMT secara umum. Operasi ini ditaja oleh Din Java selaku tuan punya kamera.



Operasi ekpedisi ini dimulakan dengan penjelajahan daripada kawasan Kolej Kediaman ke arah Dewan Sultan Mizan (DSM) dimana antara lokasi Minggu Jalinan Mesra (MJM) dan diteruskan ke arah Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) yang disitu juga terletaknya Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan Makmal Linux.



Penerangan ringkas oleh pemandu pelancong mengenai Makmal Pengatucaraan 1 dan 2 serta makmal yang lainnya kepada ahli ekspedisi.



Ucaptama daripada wakil tahun satu, Rodat[1] Fuad. Semoga Rodat Fuad mampu mengetuai kelasnya dengan baik. Dan tahniah diucapkan dari pihak kami.

Acara kemuncak berada di Inos apabila sesi "Rehat & Ramah" adakan yang disulami dengan sesi bergambar. Ini adalah daripada gambar yang dapat dirakamkan diruangan ini.







Operasi ekspedisi ini ditamatkan apabila waktu menunjukkan hampir pukul 7. Operasi dikatakan sebagai "cemerlang". Tahniah kepada semua.

Keterangan:
setiap gambar ini telah di ubah sedikit sebanyak. Dan gambar asal boleh didapati dengan menghubungi Exco Publisiti.

[1] Nama sebenar diperlukan, Rodat bukan nama sebenar. Nama sebenar telah dikenal pasti.

readmore »»