::Assalamualaikum n selamat sejahtera::Selamat Menduduki Peperiksaan Final Semester sesi julai 2010/11:::: do the best!!! ::
Ahad, 16 Ogos 2009

Pandemik H1N1 di UMT

Perutusan Khas Kepada Pelajar UMT
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga pelajar UMT sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Pandemik H1N1 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Naib Canselor UMT telah bersetuju mengenai perkara-perkara berikut :

i) Pelajar-pelajar yang mempunyai simptom-simptom jangkitan H1N1 seperti demam dan salah satu gejala berikut iaitu Batuk, Sakit Tekak, Sakit Badan, Sakit Kepala atau Sukar Bernafas hendaklah mendapatkan rawatan di klinik-klinik yang berdekatan dengan kediaman masing-masing semasa cuti pertengahan semester ini.

ii) Pelajar yang SIHAT sahaja layak untuk pulang ke kampus pada 23 Ogos 2009 apabila cuti berakhir. Pelajar yang sakit dan mempunyai gejala H1N1perlu mendapatkan rawatan dan sijil cuti sakit dari klinik yang berdekatan.

Kerjasama dari saudari dan saudari amatlah diperlukan agar pandemik H1N1 di kampus kita ini dapat dibendung dan dikawal. Segala perhatian dan kerjasama didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
--
Dr. Arnie Binti A.Rahim
Pengarah
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Malaysia Terengganu

readmore »»
Isnin, 10 Ogos 2009

UMT Berwajah Baru

Merah. Konsep Baru
Hari ini kelihatan laman rasmi Universiti Malaysia Terengganu diberikan wajah baru. Kelihatan lebih profesional dan tentunya lebih menarik daripada layout yang asal. Tahniah diucapkan kepada barisan Pusat Teknologi Maklumat UMT. Berikut adalah gambaran sedikit sebanyak muka hadapan laman UMT berwajah baru

Untuk lebih menarik anda digalakkan untuk melawat sendiri dan merasai pembaharuan yang dilakukan di laman rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Notakaki: K dapat menjumpai beberapa masalah daripada layout baru ini. Mungkin mereka dapat dilakukan dalam beberapa hari lagi.

readmore »»
Sabtu, 8 Ogos 2009

UMT, Bayi, Fitnah dan Kucing

Siapa Buang Bayi?
Tiba-tiba UMT dikatakan mempunyai kes buang bayi. Ada objek yang dikatakan sebagai fetus bayi dijumpai oleh pekerja pembersih di kafe. Gambar disertakan.


Perkara ini menjadi isu hangat walaupun kurang diperkatakan di media kerana akhirnya kes ini ditutup kerana fetus terbabit bukannya fetus manusia tetapi fetus binatang. Kucing kebarangkalian besarnya.

Untuk kenyataan peribadi daripada K, baca di blog AMBNaC.

Kredit khas
Ng Xue Yun untuk gambar

readmore »»
Rabu, 5 Ogos 2009

UMT & H1N1

Berjaga-jaga
Kini Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dikelaskan kepada tahap berjaga-jaga didalam perihal H1N1 berikutan jumlah rasmi (3 Ogos 2009) mengatakan terdapat 45 orang pelajar UMT dikuarantin berikutan terdapat tanda-tanda seperti serangan influenza (ILI).

Masih Tiada Kes Positif
Setakat ini, masih tiada laporan rasmi yang mengatakan bahawa terdapatnya kes positif H1N1 didalam UMT seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah pihak. Walaupun begitu kesemua pelajar tersebut dikawal selia untuk memastikan sebarang masalah yang timbul akan diambil tindakkan secepat mungkin.

Jaga Kesihatan
Topeng mulut dan kebersihan diri harus dijaga lebih lagi pada waktu ini. Disarankan untuk mendapatkan air secukupnya setiap hari lebih lagi diwaktu cuaca yang kurang menentu di UMT panas terik dan kadang kala hujan lebat dan dibantu dengan pembanggunan di sekitar kawasan UMT menyebabkan risiko demam, batuk dan selsema meningkat. Untuk semua warga UMT, jaga kesihatan dan sekiranya terdapat sebarang masalah terus berjumpa dengan pihak yang sepatutnya.

Rujukan
Bernama. 3 Ogos 2009. 45 UMT Students Down With Influenza-Like Illness. Bernama Online.

readmore »»