::Assalamualaikum n selamat sejahtera::Selamat Menduduki Peperiksaan Final Semester sesi julai 2010/11:::: do the best!!! ::

Tarikh Keluaran Artikel: 20 Mac 2009

Strike, Turkey & longkang
Semalam berlangsung acara yang telah diiklankan sebelum ini iaitu Pertandingan Bowling Comtech. Acara yang berlangsung di Diman Superbowl, Kuala Terengganu. Atas beberapa kekangan dan kelewatan, pertandingan bermula satu jam lebih lewat daripada waktu diiklankan. Secara normalnya waktu di iklan sememangnya akan dibuat satu jam lebih awal untuk mengelakkan terjadinya kejadian "janji melayu". Berikut adalah laporan rasmi yang diambil daripada Xecra.

Sambutan mengalakkan
Sebanyak 17 kumpulan yang berdaftar sekali gus menjadikan seramai 68 pemain didalam pertandingan ini. Itu tidak termasuk penyokong kumpulan yang tidak bermain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tetapi tetap menyokong permainan kali ini. Pengarah projek kali ini juga kelihatan di gelanggang permainan sambil bertugas, tahniah untuk Midin atas kelancaran permainan kali ini. Permainan ini dimenangi oleh Pasukan 12 yang dibarisi oleh pakar pakar bowling comtech iaitu Zul (lord), Arief (naga), Zul (Chief) dan Tina. Jumlah pin yang mereka hentam dan jatuh adalah 907 pin. Tempat kedua dimenangi oleh Pasukan 1 yang diwakili oleh M. Nabil Fikri, Yafiq, Zulhasrul dan Najib dnegan jumlah jatuhan pin 873. Di tempat ketiga mengikuti mereka ialah Pasukan 17 (852 pin) yang dikepalai oleh Bobo dan anak buahnya, Rafaei, Nasir dan Azhar. Gelaran master disandang oleh Chan Jian Lok: 309 dan diikuti oleh Zul (lord): 305, M. Nabil Fikri: 263.

Hanya satu gambar
Setakat ini hanya gambar daripada blog Xecra sahaja yang dapat di ambil, dan hanya satu yang diambil supaya gambar yang akan sampai nanti dapat diletakkan kedalam blog.

readmore »»

Tarikh Keluaran Artikel: 17032009


Tekan gambar untuk lebih jelas

readmore »»

Tarikh Keluaran Artikel: 15032009
TambahBaik_1: 18 Mac 2009

Cabutan Nombor Bertuah
Sistem Lawak[1] tersebut telah di bangunkan oleh seorang pelajar kejuruteraan perisian tahun dua. Din_Java lebih mahu dikenali dengan nama Ding Dang.


Konsep asal menggunakan C# tetapi diubah kepada flash pada saat akhir kerana sebab tertentu. Jika anda berminat untuk mencuba sistem mudah ini, mahupun mahu mendapatkan kod punca sistem tersebut, lawati blog Ding Dang di [sini].

[1] - satu perkataan yang keluar daripada seseorang didalam dewan tersebut yang menyatakan, "ini bukan rawak, ni lawak". Siapakan Siapakah beliau?

readmore »»
Sabtu, 14 Mac 2009

[Artikel] WiMAX di Malaysia

Tarikh Keluaran Artikel: 14033009

WiMAX di Malaysia
WiMAX adalah salah satu cara dalam komunikasi dan jaringan berasaskan paket. WiMAX adalah ringkasan daripada Worldwide Interoperability for Microwave Access or Wimax. Di Malaysia perkara ini menjadi buah mulut perbincangan setelah kegagalan sistem 3G untuk digunakan potensinya dan apabila pihak Telekom Malaysia dikatakan gagal memenuhi kehendak pengguna jalur lebar di Malaysia.

Untuk cerita selanjutnya, anda boleh meneruskan pembacaan di [sini]

readmore »»

Tarikh Keluaran Artikel:
TambahBaik_1: 08032009
TambahBaik_2: 09032009


Buletin sebelum
[Buletin] Pra-Asmaraloka Ketimuran

Majlis dinama Asmaraloka Ketimuran
Sedikit lewat majlis dimula. Mungkin kerana hujan dilewat petang yang menyebabkan beberapa orang pelajar, VIP serta VVIP sedikit lewat. Tetapi semua itu dapat ditangani oleh AJK majlis dengan baik yang telah merancangkan beberapa plan jika terdapat apa-apa masalah. Majlis dimulakan pada pukul 9.00 malam, tersasar sejam daripada waktu asal yang dicadangkan 8.00 malam. Dibawah antara gambar yang terpilih untuk diletakkan didalam blog.

Penjaga pintu yang setia. Menunggu pintu besar untuk masuk kedalam dewan. Dewan yang kami gunakan ini bukannya secara keseluruhan Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam. Dewan tersebut terlalu besar. Boleh memuatkan lebih 2000 orang. Oleh itu dewan tersebut telah dikecilkan untuk memudahkan AJK menjalankan tugas serta tidak menunjukkan dewan tersebut terlalu kosong.

Ucapan dan amanat daripada seorang penasihat, Dr Noor Maizura binti Mohamad Noor. Majlis dibuka dengan pukulan gong sebagai satu simbol pembukaan majlis. Ramai yang mengatakan bahawa pukulan gong kali ketiga adalah yang paling kuat. Tidak pasti sama ada untuk menaikkan semangat pelajar atau barangkali beliau terlihat seorang pelajar tertidur semasa beliau berucap. Anda rasa?

Memperkenalkan pengacara majlis. Din dan Dello (bukan nama sebenar). Seorang lagi pengacara majlis, Wan tidak kelihatan kerana bajunya tidak sedondon atau sibuk melakukan taichi diluar dewan untuk menghilangkan gemuruhnya. Mereka berdua adalah bekas pengacara majlis untuk majlis penutup ITAC* 2008 di Rantau Abang. Tahniah kerana terpilih sekali lagi untuk menjalankan tugas murni ini.

Satu perkara menarik dalam Majlis Asmaraloka ini, adalah sistem cabutan bertuahnya yang bukan menggunakan sistem ambil-kertas-baca-dan-buang tetapi sistem tunggu-nombor-keluar-di-skrin. Menggunakan Adobe Flash. Idea asal daripada pengarah program sendiri. Diprogramkan oleh Din_Java (bukan pengacara majlis). Walaupun secara totalnya sistem ini menggunakan sistem rawak tetapi terdapat juga yang merasakan sistem ini terdapat pelbagai muslihat sehingga seorang pensyarah mengatakan, "ini bukan rawak, ini lawak". Mengapa tidak, kerana kedua-dua pengacara majlis mendapat nombor bertuah, meja yang diduduki pensyarah disinggah sebanyak tiga kali tetapi tiada satu pun mengena kepada pensyarah. Terlalu banyak kemusykilan timbul. Tetapi hanya satu jawapan, pihak kami akan menyiasat perkara ini secepat mungkin.

Pemenang bagi Pasangan Baju Sedondon dimenangi oleh.... Taufik dan Priya! Wow! Begitu hebat tepukan gemuruh yang diberikan sehingga terdapat beberapa kumpulan yang memberikan "stand of honour" kepada mereka. Tetapi mungkin tidak semua orang bergembira. Terdapat seorang yang bermasam durja dengan kemenangan tersebut, Wan (gambar kecil). Mengapa Priya yang dipilih sedangkan bajunya lebih layak untuk menerima anugerah tersebut. Apa-apapun itu semua keputusan pengadil yang tidak dapat disangkal. Mereka punyai sebab tersendiri. Semoga mencuba di lain masa.

Gambar kenang-kenangan pelajar tahun 3 bersama pensyarah. Semoga kenangan ini bersemadi didalam hati setiap tetamu. Semoga berjumpa ditahun hadapan (jika ada rezeki).

Gambar anda tiada?
Untuk mereka yang gambarnya tiada didalam blog harap maaf kerana ruangan blog ini terlalu kecil untuk memasukkan kesemua gambar yang ada. Sila berusaha dengan lebih gigih pada aktiviti akan datang untuk mencerahkan peluang gambar anda dimasukkan. Pihak majlis dan seluruh AJK Majlis Asmaraloka Ketimuran mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua tetamu atas kelapangan mereka menghadiri majlis ini. Seperti kata pengarah program dalam ucapannya malam itu, "jika tiada anda semua, maka majlis ini tidak akan berjaya".

Glosari
*ITAC = IT Acquaintance Camp

Editor: Semua yang ditulis didalam laporan ini hanyalah gurauan semata-mata tanpa berniat songsang mahupun serong.

readmore »»

Tarikh Keluaran Artikel: 03032009
TambahBaik_1: 18 Mac 2009

Terus dari Taman Tamadun Islam
Setalah Setelah berusaha sehabis baik oleh semua anggota AJK yang terlibat, akhirnya malam yang ditunggu telah pun tiba. Majlis Asmaraloka Ketimuran, Makan Malam Kelab Comtech yang diadakan di Taman Tamadun Islam. Debaran kian dirasa dan tanggungjawab yang diusung semakin berat. Dengan ini terdapat beberapa gambar yang sempat diambil semasa persiapan majlis berlangsung.

Human Management
Perkara yang paling sukar yang boleh didapati pada majlis kali ini adalah human management. Kerana perkara itu adalah lumrah didalam mana-mana majlis mahupun organisasi. Itu yang cuba dibawakan kepada semua AJK yang terlibat untuk majlis kali ini iaitu bagaimana untuk memperbaiki skil komunikasi dan saling faham agar tidak bercanggah apa yang diharapkan dengan apa yang terjadi. Tiada perkara yang besar terlibat hanya perkara-perkara kecil yang boleh diperbaiki untuk majlis akan datang. Untuk laporan penuh malam tersebut. Sebuah buletin yang lain akan di keluarkan oleh AJK Publisiti didalam blog.


Persiapan backdrop sedang dilakukan dan Gong untuk upacara pembukaan majlis nanti


Arahan yang berikan oleh Farehan kepada Sue, dan Wan sekadar memenuhkan ruang.

readmore »»