::Assalamualaikum n selamat sejahtera::Selamat Menduduki Peperiksaan Final Semester sesi julai 2010/11:::: do the best!!! ::

Tarikh Keluaran Artikel: 20 Mac 2009

Strike, Turkey & longkang
Semalam berlangsung acara yang telah diiklankan sebelum ini iaitu Pertandingan Bowling Comtech. Acara yang berlangsung di Diman Superbowl, Kuala Terengganu. Atas beberapa kekangan dan kelewatan, pertandingan bermula satu jam lebih lewat daripada waktu diiklankan. Secara normalnya waktu di iklan sememangnya akan dibuat satu jam lebih awal untuk mengelakkan terjadinya kejadian "janji melayu". Berikut adalah laporan rasmi yang diambil daripada Xecra.

Sambutan mengalakkan
Sebanyak 17 kumpulan yang berdaftar sekali gus menjadikan seramai 68 pemain didalam pertandingan ini. Itu tidak termasuk penyokong kumpulan yang tidak bermain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tetapi tetap menyokong permainan kali ini. Pengarah projek kali ini juga kelihatan di gelanggang permainan sambil bertugas, tahniah untuk Midin atas kelancaran permainan kali ini. Permainan ini dimenangi oleh Pasukan 12 yang dibarisi oleh pakar pakar bowling comtech iaitu Zul (lord), Arief (naga), Zul (Chief) dan Tina. Jumlah pin yang mereka hentam dan jatuh adalah 907 pin. Tempat kedua dimenangi oleh Pasukan 1 yang diwakili oleh M. Nabil Fikri, Yafiq, Zulhasrul dan Najib dnegan jumlah jatuhan pin 873. Di tempat ketiga mengikuti mereka ialah Pasukan 17 (852 pin) yang dikepalai oleh Bobo dan anak buahnya, Rafaei, Nasir dan Azhar. Gelaran master disandang oleh Chan Jian Lok: 309 dan diikuti oleh Zul (lord): 305, M. Nabil Fikri: 263.

Hanya satu gambar
Setakat ini hanya gambar daripada blog Xecra sahaja yang dapat di ambil, dan hanya satu yang diambil supaya gambar yang akan sampai nanti dapat diletakkan kedalam blog.

9 comments:

Tanpa Nama berkata...

tahniah kpd yg menang ye. korang mmg hebat. :p

jie berkata...

erm leh la menang,org lain lom pro..hehehe
pasni practise sama2 nak?hehe

Xercra berkata...

hehe..
bagus2..
best game nih..
sblm ni penah men tournament time matrix..
tp x meriah camni..
wakaka..

TokeIKedaI berkata...

ari khamis ni bell n ecah ajak bowling. sapa mau join?

jie berkata...

ok set,aku leh jer join..da free...hehe

sliper_jepun berkata...

hahaha...
dengar2 nak men kalah bayar...
men bese sudeh...
mampoih aku nak bayar t...

Tanpa Nama berkata...

ko nak aku bagi pic camne???nk email lembap tahap dewa...ko dtg la asrama amek kat aku...

jie berkata...

cik tanpanama ni ckp tuk sape?

SyaFia berkata...

abaikan.. aku tahu dengan sapa dia kata dan sapa dia :D

Catat Ulasan