Tarikh Keluaran Artikel: 24 Januari 2009
Proses berjalan lancar
Proses Pilihan Raya Kelab Comtech untuk sesi 2008/2009 kali ni berjalan dengan lancar pada 15 Januari 2009 yang lepas, dengan memperlihatkan beberapa muka baru dan lama didalam barisan majlis tertinggi pada kali ini. Berlainan dengan sesi lepas yang dipenuhi dengan tahun satu tetapi kali ini tujuan utama pilihan raya adalah untuk mencari formula baru bagi memantapkan dan membangunkan kembali kelab Comtech yang pernah mencapai zaman kegemilangannya pada satu ketika dahulu. Oleh sebab itu ramai daripada tahun dua sendiri turun padang untuk membuktikan kelab Comtech masih boleh diselamatkan daripada 'kemusnahannya'. Pilihan Raya kali ini agak kurang mendapat sambutan terutamanya daripada tahun tiga, mungkin kurangnya pemberitahuan kepada mereka daripada wakil tahun tiga sendiri mahupun wakil publisiti yang bertugas kali ini.
Bereh bos
Dengan seramai 163 orang pelajar yang mengundi, akhirnya semua kerusi dapat diisi dengan berdasarkan sistem kiraan undi 'e-Vote' yang diadakan Makmal Pengaturcaraan 2 (MP2). Kesemua AJK perlaksana dan Mantan Exco berpuas hati dengan sistem pengundian kali ini yang tidak membawa sebarang masalah. nampaknya sistem kali ini berjaya setelah pilihan raya pada tahun lepas tidak berjaya dibuat berdasarkan 'e-Vote' kerana masalah sistem yang masih tidak cukup bersedia untuk digunakan.
Mesyuarat Agung Tahunan 2007/2008
Sistem 'e-Vote' ditutup pada pukul 1.00 petang dan selepas itu majlis diteruskan kepada Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Comtech sesi 2007/2008 pada sebelah petangnya di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu.
0 comments:
Catat Ulasan