::Assalamualaikum n selamat sejahtera::Selamat Menduduki Peperiksaan Final Semester sesi julai 2010/11:::: do the best!!! ::

Tarikh Keluaran Artikel:
TambahBaik_1: 08032009
TambahBaik_2: 09032009


Buletin sebelum
[Buletin] Pra-Asmaraloka Ketimuran

Majlis dinama Asmaraloka Ketimuran
Sedikit lewat majlis dimula. Mungkin kerana hujan dilewat petang yang menyebabkan beberapa orang pelajar, VIP serta VVIP sedikit lewat. Tetapi semua itu dapat ditangani oleh AJK majlis dengan baik yang telah merancangkan beberapa plan jika terdapat apa-apa masalah. Majlis dimulakan pada pukul 9.00 malam, tersasar sejam daripada waktu asal yang dicadangkan 8.00 malam. Dibawah antara gambar yang terpilih untuk diletakkan didalam blog.

Penjaga pintu yang setia. Menunggu pintu besar untuk masuk kedalam dewan. Dewan yang kami gunakan ini bukannya secara keseluruhan Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam. Dewan tersebut terlalu besar. Boleh memuatkan lebih 2000 orang. Oleh itu dewan tersebut telah dikecilkan untuk memudahkan AJK menjalankan tugas serta tidak menunjukkan dewan tersebut terlalu kosong.

Ucapan dan amanat daripada seorang penasihat, Dr Noor Maizura binti Mohamad Noor. Majlis dibuka dengan pukulan gong sebagai satu simbol pembukaan majlis. Ramai yang mengatakan bahawa pukulan gong kali ketiga adalah yang paling kuat. Tidak pasti sama ada untuk menaikkan semangat pelajar atau barangkali beliau terlihat seorang pelajar tertidur semasa beliau berucap. Anda rasa?

Memperkenalkan pengacara majlis. Din dan Dello (bukan nama sebenar). Seorang lagi pengacara majlis, Wan tidak kelihatan kerana bajunya tidak sedondon atau sibuk melakukan taichi diluar dewan untuk menghilangkan gemuruhnya. Mereka berdua adalah bekas pengacara majlis untuk majlis penutup ITAC* 2008 di Rantau Abang. Tahniah kerana terpilih sekali lagi untuk menjalankan tugas murni ini.

Satu perkara menarik dalam Majlis Asmaraloka ini, adalah sistem cabutan bertuahnya yang bukan menggunakan sistem ambil-kertas-baca-dan-buang tetapi sistem tunggu-nombor-keluar-di-skrin. Menggunakan Adobe Flash. Idea asal daripada pengarah program sendiri. Diprogramkan oleh Din_Java (bukan pengacara majlis). Walaupun secara totalnya sistem ini menggunakan sistem rawak tetapi terdapat juga yang merasakan sistem ini terdapat pelbagai muslihat sehingga seorang pensyarah mengatakan, "ini bukan rawak, ini lawak". Mengapa tidak, kerana kedua-dua pengacara majlis mendapat nombor bertuah, meja yang diduduki pensyarah disinggah sebanyak tiga kali tetapi tiada satu pun mengena kepada pensyarah. Terlalu banyak kemusykilan timbul. Tetapi hanya satu jawapan, pihak kami akan menyiasat perkara ini secepat mungkin.

Pemenang bagi Pasangan Baju Sedondon dimenangi oleh.... Taufik dan Priya! Wow! Begitu hebat tepukan gemuruh yang diberikan sehingga terdapat beberapa kumpulan yang memberikan "stand of honour" kepada mereka. Tetapi mungkin tidak semua orang bergembira. Terdapat seorang yang bermasam durja dengan kemenangan tersebut, Wan (gambar kecil). Mengapa Priya yang dipilih sedangkan bajunya lebih layak untuk menerima anugerah tersebut. Apa-apapun itu semua keputusan pengadil yang tidak dapat disangkal. Mereka punyai sebab tersendiri. Semoga mencuba di lain masa.

Gambar kenang-kenangan pelajar tahun 3 bersama pensyarah. Semoga kenangan ini bersemadi didalam hati setiap tetamu. Semoga berjumpa ditahun hadapan (jika ada rezeki).

Gambar anda tiada?
Untuk mereka yang gambarnya tiada didalam blog harap maaf kerana ruangan blog ini terlalu kecil untuk memasukkan kesemua gambar yang ada. Sila berusaha dengan lebih gigih pada aktiviti akan datang untuk mencerahkan peluang gambar anda dimasukkan. Pihak majlis dan seluruh AJK Majlis Asmaraloka Ketimuran mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua tetamu atas kelapangan mereka menghadiri majlis ini. Seperti kata pengarah program dalam ucapannya malam itu, "jika tiada anda semua, maka majlis ini tidak akan berjaya".

Glosari
*ITAC = IT Acquaintance Camp

Editor: Semua yang ditulis didalam laporan ini hanyalah gurauan semata-mata tanpa berniat songsang mahupun serong.

10 comments:

Tanpa Nama berkata...

Korek lubang untuk diri sendiri betul entri aku kali ni

jie berkata...

wakaka...
nak gambar sendiri,post lam blog sendiri la,tol x?
haha
papepon,as salah sorg ajk diner,aku meminta maaf andai dibahagian aku ada salah silap...
n ckp pasal gambar yg xde,mase movie time dinner tu,lau ada 3rd year yg xde,aku minta maaf,coz x dapat sumber yg bnyk...sowie again

Tanpa Nama berkata...

update..... repair sikit...
p/s: sebarang permintaan untuk menggugurkan nama tidak dilayan.. :D

sliper_jepun berkata...

apesal sumer gamba gelap giler???

Tanpa Nama berkata...

zzz...
laporan dinner aku xdpt lg...bile nk siap???
aku menunggu...

Tanpa Nama berkata...

tu r... laporan xsiap aku.. aku menuggu gak. wakaka

jie berkata...

erm skrg ni aku da berjaya kumpul gambar2 diner dari dak 2nd year,skrg ni ngah tgg gambar dari dak 1st n 3rd year...so pasni sape2 yg nak sume gambar2 tu,leh contact aku direct..tq

Tanpa Nama berkata...

masuk gmbr lbey ckit

Tanpa Nama berkata...

aku bengang bukan sebab tak menang...wuwuwu...

Tanpa Nama berkata...

ade gmbar aku r..trharu..wawa...hehehe

Catat Ulasan