Semakin dekat dengan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Comtech 2010 pada 14 Mac 2010, semakin dekat dengan tarikh pembubaran Majlis Tertinggi Kelab Comtech Sesi 2009/2010. Dengan itu juga semakin dekat dengan berakhirnya tugas kami sebagai Majlis Tertinggi untuk sesi ini.
Persiapan untuk Mesyuarat Agung Tahunan semakin diperincikan. Petang tadi telah selesai satu proses iaitu manifesto. Seramai 28 calon hadir untuk memberikan manifesto yang lebih bersifat pengenalan diri kepada pengundi. Hanya seorang tidak dapat menghadirkan diri kerana ada sebab yang tidak dapat dielakkan.
Semoga yang menang akan dapat membawa kelab Comtech kepada satu tahap yang lebih baik daripada kini.
Selamat berjaya semua!
Jumaat, 12 Mac 2010
Labels: mesyuarat agung tahunan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
weh sapik...ble ko nk hand over blog ni kat exco publisiti baru?? wakaka...g bsara la................
Catat Ulasan